YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 19 May 2012

Here's to you, bestfriend?


Assalamualaikum. Aku tak tau aku nak start macam mana, tapi entry ni memang aku nak luah perasaan aku, luah apa yang aku rasa sekarang. Aku sangat sedih!

Nampak tak gambar kat atas ni?

Tadi Lala datang rumah hantar benda ni, tapi lepas dia hantar, dia terus balik. I guess dia tak nak jumpa aku kot. masa dia datang, aku tengah tukar baju lepas aku keluar, abang aku cakap "kawan hang dah balik dah pun" aku terkejut, bila aku tanya siapa? abang aku cakap "Najla", aku lagi terkejut kuasa 24! aku macam tak percaya kenapa dia datang? kan kami gaduh, and dia nak apa? I have no idea. Aku cepat-cepat tengok kat luar, ada kereta Myvi putih jalan terus.


Buku ni buku favourite aku yang aku nak sangat dari tahun lepas lagi, tapi buku ni tak ada jual dekat Kedah, jadi aku pernah minta tolong Lala untuk belikan kat aku in case kalau dia pergi KL. Lepas tu, kami memang tak cakap since bulan February lagi sebab ada salah faham sikit. ( which is aku tak boleh cerita dekat sini ) Aku ego? Ye aku tahu tapi masa tu memang aku mengaku aku tersangat ikut perasaan! Aku stress weh! Dah berbulan kita tak jumpa, cakap, call, mesej each other and paling aku rindu, kita lama tak bergossip sama-sama.
Masa kita gaduh tu, hang ada call aku sekali, tapi aku pilih untuk reject then aku off hp. Kan aku cakap ego aku lagi tinggi dari langit. Aku bukan apa, aku rindu dekat hang, tapi aku tak mau nampak macam aku boleh kena pujuk lepas apa yang hang dah buat. Actually salah hang tak ada besar mana pun cuma aku nak nampak yang aku kuat *tunjuk muscle*


Aku rindu hang weh sumpah aku rindu hang! Aku bangga sangat bila aku dapat tau hang dah berubah, hang dah berhijab sekarang. Aku nak ja jadi orang first yang akan bangga dan happy dengan perubahan mulia hang selepas buat umrah tu, aku nak jadi orang pertama yang dapat peluk dan ucap tahniah bila dapat tahu yang hang dah berubah tapi aku takut perangai hang masih macam dulu, suka lupa aku!



aku rindu dekat orang yang selalu panggil aku gemok bila aku complain berat badan aku dah naik, rindu dekat orang yang akan panggil aku 'baby' bila aku tengah down, rindu kat hang yang selalu buat aku gelak bila hang buat perangai macam 'Usop Wilcha' masa dekat kelas dulu, aku tak stop gelak, sebab hang sorang ja boleh tiru dia punya gaya. Aku rindu dekat orang yang pernah jadi doktor yang bawak ubat dengan makanan dekat aku masa aku demam time last day spm, jaga dan nasihat aku macam mak aku. Aku rindu dekat maid aku sorang ni yang selalu ikut perintah, P.A yang selalu kena marah dan kawan yang banyak menyokong!


26/5/2012
12.00 am


Hi, wey. Teemy! Remeber this book? It used to be in your wishlist kan? Aku beli ni lama dah, masa aku pi KL, ingatkan? Yang aku jerit kat hang bila aku dapat beli buku ni....pastu hang excited gila! Ya Allah! Aku rindu hang Teemy! Rindu nak call hang, eh silap! Rindu nak dapat mesej dari hang padahal "Please call me back", serius aku rasa benda ni aku boleh ingat kalau hang mesej aku! haha lawaknya. I wish I can turn back all this time back, like seriously if I can, and I'll do that! :( 
You don't have any idea why and how much I miss you, my bestfriend! Aku sebenarnya nak bagi surat, buku ni masa amik result. Tapi bila aku nak bagi haritu, tengok-tengok aku dah nak balik tapi aku nampak hang jalan nak masuk sekolah. Okay, this is the reason why I wrote this letter for ya!
Anyway, 30hb of May, aku nak masuk study dah. 27th aku dah nakpi Kl dah. Aku doa kat hang, hang dapat apa yang hang nak!
I miss you Teemy! I miss us!


Takecare Teemygomok!!


Weh aku nak sangat jumpa hang before hang pi KL, aku tak pernah berpisah dengan hang lama-lama, kalau lama nanti aku rindu hang, how? To be frank, half of me, memang nak jumpa hang, nakkkkkkkkkkkkkk sangat!!!! nak jumpa, nak peluk, nak bergossip dengan hang, nak bersembang panjang, nak buat video menari yang comel-comel, nak ambik gambar banyak-banyak dengan buat muka annoying, nak cakap yang aku dah maafkan hang, nak try resepi baru pastu kita masak sama-sama, nak makan ice cream lepastu nak suap hang, nak buat satu entry pasal betapa happy nya kita pernah jadi BFF and happy the whole day kita boleh lepak lepas berapa bulan dah gaduh. Patutnya semua benda tu kita buat lepas spm, masa tengah tunggu result. Masa tu kita banyak masa sangat tapi dah kita tak kawan so kita tak buat. But another of me, tak nak jumpa hang, aku rasa elok kalau kita stay on macam ni, I scared of my own feeling, I can't explain and describe it here. Just sorry from me.
Lepas aku baca surat hang, aku menangis sbb aku rasa bersalah sangat. Hang sanggup drive datang rumah aku sebab nak hantar benda yang paling aku suka before hang nak pi KL, I'd never expect! Aku terharu sangat sebab hang dah low kan hang punya ego and sekarang, aku hanya mampu luah semua ni dekat blog, dah lama aku nak buat post cakap aku rindukan hang and today aku buang ego aku sebab nak hargai susah payah hang, aku nak ucap terima kasih dekat hang sebab buat macam ni. Aku tau mesti hang kecewa kan aku tak hantaq mesej apa pun dekat hang lepas hang balik, aku tak tau nak cakap apa. Kalau hang baca post ni, aku harap hang faham okayy Lala? 




&Hearts,
Teemy.

No comments:

Post a Comment